|
|
|
|
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Memantapkan pelaksanaan program-program pendidikan ke arah Sekolah Unggul dan Modal Insan Kelas Pertama melalui Budaya Kerja Cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
Jabatan Pelajaran Kedah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang unggul dan terbilang dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi dan Modal Insan Kelas Pertama menjelang tahun 2010
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, beriman dan sejahtera, di samping menyediakan Modal Insan Kelas Pertama bagi keperluan dan kemajuan negara.
MOTO
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
ETIKA KERJA
Melayan Segala, Penuh Mesra, Menyelesai Segera, Budi Bicara, Menepati Masa, Kualiti Dipelihara, Ikram Bersaudara, Sebulat Suara, Ikhlas Bekerja, Amanah Dijaga, Imej Kita, Tanggungjawab Bersama.
TEMA
Komitmen Menyeluruh Menjamin Pembinaan Modal Insan Cemerlang
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman Dengan Penuh Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:
1. Memastikan kanak-kanak mendapat tempat belajar mengikut umur yang ditetapkan dengan bekalan staf yang mencukupi.
2. Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum pelajar ke tahap membanggakan di samping memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
3. Memastikan segala keperluan asas prasarana pendidikan disediakan dengan sempurna.
4. Memastikan semua urusan peperiksaan dan penilaian dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah.
5. Memastikan segala aduan kepada atau mengenai JPN, PPD, PKG dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh satu minggu dari tarikh penerimaan.
6. Memproses sebarang permohonan dan tuntutan pelanggan dalam masa dua minggu.
7. Pencalonan ke jawatan kenaikan pangkat dilaksana satu bulan sebelum kekosongan.
8. Memastikan jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan. Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra.Menentukan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
bravenet.com